17 Julai 2012 bertempat di Perkarangan Surau An-Nur Penjara Sungai Buloh, Kempen Memperbaharui Kad Pengenalan diadakan kembali buat kali kedua selepas mendapat sambutan yang menggalakkan pada kempen yang telah diadakan pada bulan April yang lalu.
Kempen pada kali ini telah berjaya menarik minat seramai lebih kurang 350 orang kakitangan dan ahli keluarga yang ingin menukarkan kad pengenalan lama kepada kad pengenalan baru.
Kempen yang dianjurkan oleh Unit Mobile Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya ini banyak membantu kakitangan dan ahli keluarga yang tiada kesempatan masa dan waktu untuk pergi ke Pejabat Pendaftaran bagi menjalan proses penukaran kad pengenalan.
""